Monday, September 20, 2010

Pernafasan Yang Menakjubkan

matrix neo vs. morpheus, neo vs morpheus
'Anda rasa anda sedang bernafas?' -Major Mabus
















..
TAK KIRALAH SEMANCUNG ATAU SEPENYEK MANAPUN HIDUNG ANDA..





PEGANGLAH HIDONG  ANDA SAMBIL RASA PENUH KEINSAFAN..



GILA HAIH!

Friday, September 3, 2010

Tayar misteri




Pada pertengahan jun yang lepas, seorang peniaga sayur, Pak Cik Kasim namanya, sedang asyik memandu kereta di Jalan Sultanah Bahiyah, terlibat dalam sebuah kemalangan kecil. Akibat dari kecuaian beliau, keretanya remuk di bahagian hadapan kerana terlanggar kereta di hadapannya yang tiba-tiba brek kerana lori di hadapan kereta tersebut brek. Punca lori di hadapan brek tidak diketahui.


Maka beliau pun menghantar keretanya ke kedai untuk diservis. Orang kata, setiap yang berlaku tu ada hikmahnya. Semasa di kedai tersebut, Pak Cik Kasim bagai terkedu melihat sesuatu, beliau bagaikan memikirkan sesuatu, bagai mendapat suatu ilham. Dengan renungan yang tajam, beliau merenung longgokan tayar terpakai yang lagi terbuang yang terletak di sebuah sudut kedai tersubut..

'ya, aku nak tayar ni!', kata Pak Cik Kasim.



toke ketai pomen   : lu mau wat apa ini tayar? satu 20sen cincai wa bagi u..

Pak Cik Kasim      : ada la.. ini projek, wa cakap sama orang, orang cakap wa gila..

toke kedai pomen : aiyak, u mau bilapa bijik?

Pak Cik Kasim      : wa mau angkat semua, kedai u pun cantik. wa servis sama u, u sudah untung, kira cincai la toke..   

toke kedai pemen: waaaaaa.... ottey(ok).



..
Seminggu kemudian, kereta Pak Cik Kasim pun siap dibaiki. Tayar-tayar terpakai di kedai tersebut di angkut menggunakan kereta tersebut ke tapak projeknya(ladang sayur).

Hasil kreativiti Pak Cik Kasim, semua tayar tadi rupa-rupanya di susun rapi menjadi pagar di tapak tersubut.

Setelah dua bulan, hasil tanamannya bertambah menjadi. Ketika sedang asyik menuai hasil tanaman tersebut(sayur), Pak Cik Kasim seperti mendengar desiran yang agak luar biasa. 'Ulaq kot, ish', kata Pak Cik Kasim. 'Biaq p la', kata Pak Cik Kasim lagi..

Keesokan hari, benda yang sama berulang lagi. Keesokan lagi, Pak Cik Kasim seperti terdengar lagi desiran yang sama, pada waktu dan tempat yang sama, seolah-olah mengalami 'de ja vu'.

Lama kelamaan, Pak Cik Kasim pun berfikir.. kenapa apakah? ularkah? kucingkah? cipanzikah?




'Tak leh jadi ni, haih', kata Pak Cik Kasim kebingungan. Maka beliau pun menuju ke dalam semak di hujung tapak projeknya. Opocott!!

Pak Cik Kasim hairan melihat sebuah 'TAYAR MISTERI' yang terdampar di situ. Tayar itu begitu berteknologi! Ianya diperbuat dari getah berkualiti tinggi buatan jepun yang di reka khas untuk kenderaan bermotor empat roda kelas D.

'Mai mana pulak tayar ni haih heran sungguh. Time aku susun tu kot dia tepelantin kat sini..', kata Pak Cik Kasim sendirian. Tanpa melengahkan masa, Pak Cik Kasim pun mengambil tayar itu dan menyusunnya di salah satu sudut tapak projeknya.


Keesokannya, tapak projek Pak Cik Kasim dilawati oleh rakan niaganya. Mereka berbual-bual sambil berjalan di sekeliling tapak projek berkenaan.


rakan niaga      : Eh, mcm penah nampak tayar ni.


Pak cik Kasim : Aik, hang nampak kat mana?


rakan niaga     : Kat atas jalan raya la. Dua bulan lepas. Masa tu aku baru balik buat inspection kat tapak projek aku.


Pak Cik Kasim : Tak kan kot.. hang kan rabun jauh.

rakan niaga      : Aku habaq(beritahu) kat hang, sat gi hang kata aku gila.. Tayar ni la yang nak belaga(berlanggar) aku time tu, rupanya ada kemalangan kat depan tu, tayar dia pelantin(terpelanting) nak kena aku. Kerata nomot (nombor) plat baru dok(berada) atas jalan, kereta remuk.



..
Di malam nya, akibat dari cerita rakan niaganya, Pak Cik Kasim membuka internet bagi mencari artikal, gambar, berita, atau apa-apa saja tentang cerita rakan niaganya itu bagi memenuhi masa lapang beliau.

Rupa-rupanya.. memang benar cerita rakan niaganya itu. Entah kenapa tiba-tiba Pak Cik Kasim rasa seram pulak, mungkinkah terlalu banyak melihat cerita-cerita seram di televisen? Mungkin juga kerana tayar itu benar-benar jadi 'berhantu'.

..
Dalam fikiran Pak Cik Kasim, beliau membuat analisis.. 'Syaitan dan jin berjalan melalui darah manusia, sebab tu la kena sempitkan laluan darah dengan berpuasa. Maknanya, darah ni macam satu medium la untuk makhluk jin ni intercept(bersilang) dengan dunia manusia. Tayar tu masa kejadian tu memang ada terkena darah mangsa sikit, jadi jin boleh intercept kat situ, lepas tu tayar tu jadi berpuaka. Gila haih! .Adakah ini penjelasan yang logik bagi menerangkan situasi desiran yang aku selalu dengar tu?'



"Bahawa syaitan itu berjalan dari anak Adam pada tempat jalan darahnya, maka sempitkanlah tempat jalannya dengan berlapar.” (Bukhari & Muslim)






..
LOGIKKAH PENJELASAN PAK CIK KASIM BERKENAAN SITUASI YANG DIHADAPINYA?






GILA HAIH!!!!