Monday, January 24, 2011

Kehendak Berperingkat Maslow

Kehendak berperingkat maslow atau Maslow's hierarchy of needs adalah sebuah teori yang dicadangkan oleh  Abraham Maslow pada tahun 1943 di dalam kertas kerjanya yang berjudul A Theory of Human Motivation.




-Sekadar gambar hiasan-

Gambar hiasan di atas menunjukkan kucing itu berada di tingkat paling bawah di dalam carta kehendak berperingkat Maslow iaitu di peringkat physiological. Di peringkat ini, kucing ini memerlukan makanan, minuman, tempat tidur dan lain-lain keperluan asas. Di peringkat ini, keselamatan diri, teman bergaul, dan perkara-perkara lain belum lagi menjadi persoalan. Kucing di peringkat ini sanggup untuk meminta sedekah, mencari makanan di tempat pembuangan sampah dan ada kalanya sanggup mencuri ikan di kedai-kedai makan.



Jika dan hanya jika di peringkat physiological sudah dipenuhi, maka sudah tentulah kucing itu tidak lagi melakukan perkara-perkara yang melanggar tatasusila masyarakat, malah mahukan pula keselamatan bagi dirinya. Di sini, kucing ini telah berada di tahap safety pada carta kehendak perperingkat Maslow.


Dan apabila kucing tadi sudah merasa dirinya selamat, sudah tentulah beliau mempunyai keyakinan untuk bergaul dengan kucing-kucing lain yang beliau anggap tiada ancaman baginya. Hasil dari perkenalan-perkenalan yang beliau jalinkan, maka beliau pun berkehendakan pula untuk berkeluarga. Di peringkat ini, kucing itu sudah mencapai peringkat love/belonging. Di peringkat ini juga, sudah tentulah beliau sudah mempunyai jaminan untuk keperluan asasnya dan juga harta-hartanya.


Sesudah mempunyai teman, kucing tadi sudah tentulah mahukan perhatian atau respek dari kawan-kawannya dan masyarakat di sekelilingnya dan mahukan dirinya dihargai. Di sini, kucing tadi berada di peringkat esteem.


Sesudah berada di tahap esteem, apakah lagi yang dimahukan oleh kucing tadi? Keperluan asas sudah cukup, jaminan keselamatan bagi diri dan harta sudah cukup, teman sudah ada, disegani dan dihormati masyarakat pula, apa lagi yang kucing itu mahu? Sudah tentulah, memberi.

Ya, memberi kepada yang memerlukan, menyumbangkan sesuatu kepada masyarakat! Ditahap ini, kucing tadi sebenarnya sudah berada di peringkat self-actualization.





DI TINGKAT MANAKAH KUCING ANDA SEKARANG MENGIKUT CARTA KEHENDAK BERPERINGKAT MASLOW?


BAGAIMANA PULA DENGAN ANDA, SAUDARA-MARA ANDA, JIRAN-JIRAN ANDA DAN KUCING-KUCING JIRAN ANDA? 




..
'APAKAH YANG DIKEJAR DALAM HIDUPMU, BERKALI KU KATA PADAMU' -MAWI AF








-GILA HAIH!! 


Wednesday, January 12, 2011

Orang Batak dan selarong batak

Mengikut cerita orang-orang lama, pada suatu ketika dahulu di semenanjung tanduk emas(Tanah Melayu). Alkisah terdapatnya sejenis 'orang' yang agak 'aneh' yang dikenali sebagai...... 'Orang Batak'. Diceritakan bahawa ciri-ciri orang batak ini;

1) tiada lopak di tengah-tengah di tempat tumbuhnya misai(antara bibir dan hidung)
2) memiliki 'kuasa' metafizik(melampaui jangkauan fizik)


-Sekadar gambar hiasan-

-Sekadar gambar hiasan-

Sehingga sekarang, ada juga golongan-golongan pengamal ilmu mistik ada yang mengaku bertapa dengan orang batak untuk mendapatkan ilmu-ilmu itu.

A130
Wahai sekalian jin dan manusia! Bukankah telah datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu sendiri, yang menyampaikan kepada kamu ayat-ayatKu (perintah-perintahKu), dan yang memberikan amaran kepada kamu tentang pertemuan kamu dengan hari (kiamat) ini? Mereka menjawab: "Kami menjadi saksi mengakui akan (kesalahan) diri kami sendiri (mendustakan Rasul-rasul itu)". Dan (sebabnya ialah) mereka telah diperdayakan oleh (kemewahan) hidup di dunia dan (kerana itulah) mereka menjadi saksi (pada hari akhirat) terhadap diri mereka sendiri: (bahawa) sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang mengingkari (apa yang telah disampaikan oleh Rasul-rasul itu). (Al-An'aam 6:130)

_______________________________________________

Di sebuah tempat di utara Semenanjung Malaysia ada terdapat sebuah perkampungan yang di beri nama 'Kampung Selarong Batak' ..



View Larger Map



APAKAH KAITANNYA "ORANG BATAK" DENGAN KAMPUNG SELARONG BATAK?

MUNGKINKAH KAMPUNG SELARONG BATAK PADA SUATU MASA DAHULUNYA SEBUAH PERKAMPUNGAN "ORANG BATAK" DENGAN CIRI-CIRI SEPERTI YANG DICERITAKAN ORANG-ORANG LAMA?


GILA HAIH..!!